SHAH ALAM, 28 OGOS: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini bertitah satu Jawatankuasa Khas perlu segera ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.